(Video) “Siap menαri-nαri salam aunty…” Gelagat Fazura Di Meet & Greet Cúri Tumpuan Ramai

Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin sememangnya digemari ramai dan ditambah kini sudah bergelar ibu bapa kepada Nur Fatima. 

Kini tumpuan Fazura lebih kepada perniagaan yang diuruskan sendiri olehnya disamping menguruskan suami dan anak perempuan yang kini berusia dua tahun. 

Seperti kebanyakan selebriti lain, Fazura dan Fattah juga ada mengadakan meet and greet bersama peminat. 

Peluang ini diambil oleh mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan pasangan selebriti yang sangat merendah diri ini. 

Terbaru, Fazura ada berkongsi video pertemuan tersebut di laman Instagram miliknya untuk tatapan umum. 

“Syukur Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih tak terhingga buat semua darlings yang hadir bertemu Faz dan Fattah di FAZURA store, Aeon Shah Alam.

“Ada yang membawa ibu yang bertongkat, mendukung anak yang tidur, datang jauh khas dari Kuching, Melaka dan Johor Bahru untuk bertemu kami.

“MasyaAllah.. Tabarakallah.. semuanya dengan izin perkenan Allah SWT. Faz, Fattah dah seluruh team kami amat berterima kasih buat darlings semua.  

“Our hearts are full. Semoga semuanya gembira juga semalam dapat membeli belah from our humble store. Lots of LOVEEE,” tulisnya. 

Menerusi perkongsian sa’lah seorang peminatnya, dapat dilihat seorang wanita berpangkat ibu menghampiri Fazura untuk bersalaman serta bergambar. 

Gelagat Fazura siap berjoget menyambut makcik tersebut membuatkan ramai terhibur dengan ak’si spontannya. 

“Fazura ni peramah semula jadi.” 

“Fazura tak berubah baik dgn orang, met her back in 2014 or 2015 mcm tu, kita org biasa org tua, dia layan so so nice” 

“Allahuakbar, sis fazura so sweet and humble. Such a beautiful couple Masya Allah” 

“Cute nya fazura salam aunty tu, siap menari-nari” 

“Comey nya couple ni” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, missfazura, bamtahdolly

Video, bamtahdolly

Leave a Reply

Your email address will not be published.