(Video) “Mama tαk tahulah nak cakap apa…” – Puteri Sarah

Perkongsian terbaru pelakon cantik Puteri Sarah Liyana berkenaan anak lelaki sulungnya menarik perhatian ramai. 

Menerusi akaun TikTok miliknya sendiri, Puteri Sarah telah berkongsi video dimana anaknya Syaikul Islam telah membuat beberapa gaya ala – ala model. 

Dengan berpakaian kemas, Syaikul yang baru berusia 5 tahun sudah pandai untuk mengenakan gaya seperti model yang berpengalaman. 

Menerusi Instagram milik Puteri Sarah juga berkongsi perkara yang sama dengan kapsyen yang mencuit hati. 

“Mama tak taulah nak cakap apa. Makin lama makin pandai sangat ni. Baru 5 years old tapi handsome macam oppa ! Pandai masak, pandai basuh pinggan, pandai pose. 

“Tak taulah belajar dari mana, tau2 pandai sendiri. Tapi jangan jadi pelakon eh, jadi doctor belajar kat Turkiye ok,” tulis Puteri Sarah. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kepandaian Syaikul yang sudah seperti Oppa Korea selain ada yang ingin mengambil Syaikul sebagai model. 

Perghhh stylo la syaikhul..Alhamdulillah Allah mudahkan sarah besarkan anak2..happy for u dea

Macam ak’si ada

Kemain lagiii, da besar mesti hensem ni

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, puterisarahliyana

Video, @puterisarahliyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.