(Video) Anak Sulung Tomok Berbual Dalam Bahasa Mandarin Buat Ramai Kαgum “Arrian boleh jadi translator bila melancong..”

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Tomok iaitu Ayu Abas, sering kali memuatnaik gambar serta video perkembangan anak-anaknya di media sosial Instagram.

Baru-baru ini, isteri Tomok ada berkongsikan video anak sulung mereka, Arrianshah Akid sedang berbual dalam bahasa mandarin bersama gurunya.

Arrian dilihat sangat fasih dan lancar berbual bersama gurunya dalam bahasa mandarin membuatkan ramai warganet kagum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ayu_abas


Pada awal video, Arrian dilihat memperkenalkan diri dan gurunya bertanya jika Arrian suka belajar bahasa mandarin, dan mengapa Arrian suka belajar bahasa mandarin.

Jawapan yang diberikan Arrian tidak disangka kerana mengatakan alasan dia suka belajar mandarin ialah dia ingin melancong ke Beijing, China pada suatu hari nanti.

Namun, ibu Arrian sendiri nampaknya terke’jut dengan jawapan yang diberikan Arrian.

“Wahhh, nak pergi Beijing, tak cakap pun dengan ibu. Senang sikit nanti nak bargαin shopping. Dulu masa ibu gi Beijing siap bawa kalkulator. Lepas ni senangla dapat harga murah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ayu_abas

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan kagum dengan kemahiran Arrian bertutur bahasa Mandarin.

Arrian boleh tolong jadi translator bila melancong ke Beijing dengan family 

Ibu pon pandai speak mandarin bagus la bole berbual.. klu saya anak ckp bahasa mandarin saya terlop0ng mulut

wah makin fasih Arrian, sikit lagi berabuk la speaking mandarin dia., bijak smart boy Arrian, Ni nk pergi beijing nak shopping ke hahaha

Masya allah arrian pndai ny dia ckap mandarin

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Berita Kopak

[2] Gambar Utama, Instagram Tomokofficial & Instagram Ayu_Abas

Leave a Reply

Your email address will not be published.