(Video) “Melodi pertama saya dapat ketika…” Datin Alyah Dedαh Inspirasi Disebαlik Lagu ‘Thank You Allah’

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Industri Muzik yang ke – 23 yang bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 

Menampilkan sebanyak 21 kategori membabitkan 105 calon yang disenarai pendek, lagu nyanyian Alyah bertajuk ‘Thank You Allah’ memenangi Lagu Nasyid Terbaik. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Disebalik kejayaan tersebut, Alyah mende’dahkan melodi awal lagu nyanyiannya itu diperolehi sewaktu dia sedang mengerjakan ibadah umrah pada 2019. 

“Apabila saya balik dari Umrah, kerajaan umum PKP. Ramai yang saya lihat kehi’langan kerja ketika itu, ada yang bvnuh diri dan ada juga yang alami teka’nan perasaan. 

“Bagaimanapun ketika Allah sedang mengu’ji kita (rakyat Malaysia) u’jian itu, saya tidak sangka apabila ditawarkan menjadi duta sebuah produk kosmetik dengan tawaran yang besar. 

“Saya terduduk memikirkan hikmah yang Allah berikan kepada saya. Saya sangat bersyukur ketika itu dan terus ucap Thank You Allah, kemudiannya teringat melodi yang sebelum ini saya bayangkan itu. 

“Saya terus telefon rakan saya Omar K (komposer) untuk siapkan bahagian tengah dan korus sehingga terhasil lah lagu Thank You Allah,” de’dah Alyah. 

Dalam pada itu, Alyah tidak menyangka dengan keputusan tersebut serta tidak meletakkan sebarang harapan kemenangan dengan lagu tersebut. 

“Perasaan saya bercampur baur masa dapat tahu saya menang, Allah adalah perangcang yang terbaik. 

“Saya sendiri tidak merangcang untuk berada di sini untuk kategori ini, tetapi mungkin disebabkan keistimewaan yang ada pada lagu ini ianya layak menang,” tambahnya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, alyah81

[3] Video, @durrani2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.