“Nο picture mama…” Gelagat Anak Izara Aisyah Merαjuk Cuit Hαti Ramai

Pelakon cantik Izara Aisyah kini bahagia bersama suami yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Buat masa ini, Izara lebih memberi tumpuan untuk anak perempuannya iaitu Irisa Alaia yang sudah mencecah usia dua tahun pada April lalu. 

Terbaru, perkongsian Izara bersama anaknya menarik perhatian ramai dengan lebih 70 ribu tanda suka. 

Seperti biasa, Izara memilih untuk tidak membuka ruangan komen apabila berkenaan hal peribadi. 

Menerusi perkongsian tersebut, Izara dilihat berswata foto bersama anaknya namun lain pula yang terjadi apabila Alaia mera’juk. 

“No picture mama, pastu mera’juk,” kapsyen Izara. 

Meskipun Izara memilih untuk tidak membuka akaun sosial media untuk anaknya, namun setiap perkongsian berkenaan anaknya pasti dinanti – nantikan oleh para peminat. 

Untuk makluman, Izara Aisyah dan Muhammad Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, izaraaishahofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.