“Saya dah lama buat filem..” Filem Mat Kilau Terima Komen Negαtif Setelah Ditayangkan Di Netflix, Ini Respons Syamsul Yusof

Filem Mat Kilau arahan pengarah Syamsul Yusof akhirnya telah ditayangkan di Netflix pada 16 September lalu sempena Hari malaysia.

Walaupun filem tersebut sebelum ini telah mence’tuskan fenomena yang luar biasa selepas ditayangkan di pawagam 23 Jun lalu, ia telah mendapat reaksi berbeza dari penonton yang menontonnya di Netflix.

Filem tersebut berada di tangga No 1 filem paling ditonton pada ketika ini, namun rata-rata penonton yang menontonnya telah memberikan respons nega’tif terhadap filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)


Syamsul Yusof bagaimanapun berkata yang dia sudah terbiasa dan apa yang penting baginya ialah majoriti penonton menyukai filem tersebut.

“Apa pun alhamdulillah. Saya dah lama buat filem dah ‘masak’. Filem ni biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur. Lepas tu sebagai pengkarya filem jangan mudah puas hati. Terus perbaiki dan baiki perlahan-lahan.”

Menurut Sysmsul, sejak ditayangkan di netflix, dia juga ada menerima respons yang baik dari peminat di serata dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)


Malah, dia bersyukur kerana filem Mat Kilau sebelum ini berjaya membuat kutipan luar biasa iaitu hampir 100juta.

“Alhamdulillah, selepas kejayaan filem ini ada agen dari negara lain yang mula berminat dengan filem saya, jadi saya bersyukur,” katanya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Instagram Syamsulyusoffilm dan IMDB

Leave a Reply

Your email address will not be published.