(Video) Shuk Sahar Kongsi Video Bersama, Sekαli Ini Respοns Rossa Sera

Terdahulu, nama pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera sering menjadi bualan ramai dengan keme’lut rumah tangga yang dihadapi mereka. 

Sehingga kini status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya ramai apabila masing – masing mengun’ci mulut perihal ini. 

Terbaru, seakan – akan memberi bayangan hubungan mereka masih berjalan baik, Sera memuat naik status InstaStory bersama Shuk dan anak – anak. 

Menerusi video tersebut, Sera dilihat mera’kam momen pertemuan Shuk dan anak – anak sebelum Shuk berangkat ke tanah suci.

Dalam pada itu, Sera turut menitipkan pesanan kepada Shuk ketika berada di sana untuk mengerjakan umrah. 

“Jaga diri, doa banyak – banyak di sana (Makkah) jadi ayah yang baik,” tulis Sera. 

Selain itu juga, Sera turut berkongsi semula video ketika Shuk berada di sana sambil membuat panggilan video bersama anak – anaknya. 

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. 

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, rossa.sera, shuk_sahar

[3] Video, rossa.sera

Leave a Reply

Your email address will not be published.