(Video) “Lagi hebαt dari abah diorang…” Lakonan Anak-Anak Datuk Aliff Syukri Dapat Pujiαn Ramai

Pemilik nama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. 

Sering tampil dengan pelbagai konten bagi mempromosikan produknya, Datuk Aliff dan isterinya Datin Shahida sering kali menjadi tumpuan ramai. 

Sebelum ini, jika dilihat di laman sosial Datuk Aliff sering melakonkan sketsa bersama isterinya, kini dua anaknya pula menurun bakat. 

Terbaru, penampilan anak – anak Datuk Aliff mencu’ri tumpuan ramai dengan lakonan mantap mereka berdua. 

Menerusi perkongsian akaun TikTok @sugehresort, kedua – duanya iaitu Baim dan Cess dengan masing – masing memegang watak Awie dan Watie. 

Membawa watak orang dewasa tidak menghalang mereka untuk menyampaikan gaya lakonan yang baik sehingga mendapat pujian ramai. 

Lakonan mereka berdua berjaya menghiburkan ramai dengan jumlah tontonan sehingga 500 ribu serta 29 ribu tanda suka. 

“Hebat tak lakonan Cess dan Baim,” tulisnya. 

Ramai memuji anak perempuan Datuk Aliff, Cess membawakan watak dengan penuh emosi selain terselit babak lucu membuat mereka terhibur. 

Tidak kurang juga yang memuji Baim dengan gaya lakonannya yang tersendiri. 

“Ada bakat sume la family diorg.. yg yusuf kecik tu comel gakk” 

“Hahaha kelakar dua bradik nii” 

“Baim nmpk real.. Power” 

“Pndai ank datuk belakon..ada bakat” 

“Hahahahahahahahhhahaha comel wei suka tengok” 

“Baem ni bole p jauh dlm lakonan…suka tgk diaa tau” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, shahidadherbs, @sugehresort

Video, @sugehresort

Leave a Reply

Your email address will not be published.