“Sejak Bunga lahir…” Ini Luαhαn Rasa Elisya Sandha Untuk Ibu Mentuαnyα

Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa syukur dengan kehadiran anak perempuan sulungnya memberikan kebahagiaan kepada mereka sekeluarga. 

Terutama ibu mertuanya, Sheila Rusly yang juga seorang penerbit dimana dia menantikan kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya selama ini. 

Menurut Elisya, ibu mertuanya akan menjaga anak mereka, Bunga El Haq apabila dia dan suami, Uzair Haqimy keluar bekerja. 

“Bunga dan mama Sheila sangat rapat sampaikan mama Sheila tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah. 

“Bunga pun tak banyak mera’gam atau mena’ngis apabila saya keluar bekerja.  

“Namun, Bunga sangat mengenali ibunya manakala hubungan Bunga dengan ibu mentua pula seperti cucu dengan nenek,” ujarnya kepada Harian Metro. 

Tambahnya lagi, dia tidak mengambil masa yang lama untuk kembali bekerja selain bersyukur keluarga banyak memberikan sokongan. 

“Selepas melahirkan anak dan melalui proses berpan’tang saya sudah kembali bekerja. Bersyukur ada keluarga yang sangat menyokong. 

“Terutama ibu mentua yang sanggup menjaga Bunga. Dalam waktu sama, saya juga ada pembantu yang menolong mama Sheila di rumah. 

“Setakat ini, saya tiada masa’lah untuk kembali bekerja sebab saya memang tak suka duduk diam di rumah, saya lebih suka bekerja,” tambahnya. 

Namun begitu, Elisya masih tidak menerima tawaran kerja di luar kawasan kerana anaknya masih menyusu badan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, sheilarusly_jspictures, elisyasandhaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.