(Video) Ayda Jebαt Kongsi Momen & Titip Doa Sempena Usia Anαk Setahun

Tanggal 21 September genaplah setahun usia anak kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat iaitu Ana Nayla. 

Terdahulu, Ayda dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 21 September tahun lalu. 

Sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Ayda Jebat telah berkongsi memori bersama anak dan suami ke laman Instagram untuk tatapan umum. 

Beberapa keping foto disatukan menjadi video pendek bermula sejak lahir Ana sehingga usianya 1 tahun dan ini akan menjadi kenangan terindah mereka sekeluarga. 

Dalam pada itu juga, Ayda turut menitipkan ucapan serta doa untuk puteri sulungnya supaya membesar dengan baik dan menjadi anak ynag bijak. 

“You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang bijak, dan orang yang berguna insyaAllah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka ga’rang. 

“Pernah ja’tuh katil dua kali, kena cοv1d sekali, jangan yang te’ruk lagi baby.. Huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?” tulis Ayda. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata rakan selebriti serta warganet turut mengucapkan selamat ulangtahun kepada anak Ayda. 

“Happy birthday little one @ananaylaofficial yg paling omeyyyy!! Lahir2 je baru nampak mata yg cantik tu dah tau dia paling kiuttt, ka’lah mommy” 

“Comelnya pipi ngan mata tu, ge’ram tengok ulang2. Happy Birthday to you @ananaylaofficial again and again” 

“Happy birthday cayanggg …comeiiii moga jadi anak solehah” 

“Mama junior ni dak tecik ni..moga jd ank soleha” 

“Happy birthday to baby ananayla we share the same birthday” 

“Happy birthday nayla mata bulat, semoga membesar dengan sihat ye sy” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar, ohmymedia, aydajebat

[3] Video, aydajebat

Leave a Reply

Your email address will not be published.