“Saya serius akan tinggαl di sana…” Zul Ariffin Dedαh Sebab Sebenar Bakal Tinggαl Di Makkah

Pelakon kacak Zul Ariffin merancang untuk berhijrah ke luar negara sekitar awal tahun hadapan. 

Destinasi yang dipilihnya adalah Tanah Arab dan tujuan penghijrahan hero drama ini adalah untuk menguruskan perniagaan. 

“Saya merancang untuk berhijrah ke sana kemungkinan pada Januari tahun depan. Sekarang dalam proses nak cari rumah dan lock semuanya. Saya akan tinggal di Makkah. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Saya serius, berhijrah ke sana atas urusan kerja dan perniagaan. Saya akan tinggal di sana tetapi saya tetap kembali ke Malaysia,” ujarnya. 

Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem seram berjudul Tal’bis Ib’lis yang bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur. 

Menurut Zul, perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang diusahakan akan beroperasi pada Januari depan sekiranya tiada hala’ngan dan semua berjalan lancar. 

“I’m travelling a lot, saya akan ke New York November ini untuk berbincang mengenai kerja kerana pada bulan Januari perniagaan itu akan memulakan operasinya. 

“Untuk perniagaan ini, saya bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Singapura. Bagi saya ini adalah satu peluang. 

“Tak tahu nak cakap perancangan perniagaan itu bermula bila kerana semuanya terjadi dengan begitu pan’tas,” tambahnya lagi. 

Jelas Zul, dia akan berulang alik dari Makkah ke Malaysia untuk kerjaya lakonannya bila ditanya mengenai menetap di sana atau tidak. 

“Menetap di sana bukan selamanya, saya harus berulang alik, memang akan cha’os tetapi tidak mengapa. 

“Saya tidak memperla’hankan kerjaya tetapi saya perlu memilih tawaran dengan lebih teliti. Saya masih lagi ada beberapa projek selepas ini,” jelasnya. 

Sekadar info dan smeoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, zul_ariffin, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.