(Video) “Bαby Harissa gegirl kan?” Kongsi Video Pakai Reben, Gelagat Sheera Iskandar Cuit Hαti Ramai

Pelakon Sheera Iskandar telah selamat melahirkan anak perempuan sulung pada pertengahan Mei lalu. 

Menamakan anaknya dengan Puteri Long Harissa, kini anak perempuannya berusia empat bulan. 

Sudah menjadi kebiasaan apabila membawa anak keluar, sepastinya orang sekeliling akan menyapa dan bertanyakan jantina anak. 

Hal ini tidak terkecuali terjadi kepada pelakon Ge’rak Kh’as ini apabila sering diajukan soalan sama yang keli’ru dengan jantina anaknya. 

Memandangkan wajah anaknya mirip dengan suaminya iaitu Mohd Halim Abdul Ghani, ramai yang menyangka anak mereka adalah lelaki. 

Memuat naik video berseloroh, Sheera siap memakaikan anaknya dengan pakaian berwarna pink serta reben kepala menunjukkan anaknya adalah perempuan. 

“Bila baby dah pakai dress color pink siap pakai ribbon. 

“Tapi orang still tanya baby boy ke?” tulis Sheera sambil berseloroh. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berkongsi pengalaman sama mereka dengan anak masing – masing. 

“Sama anak saya pun org cakap mcm muka baby boy, sabar jer lah sis.” 

“Sama…semua kt boy…padahal girl..dah pakai baju girl pun org tanye boy ke..muka x la boy pun tp rambut cacak2 mcm boy” 

“Mashaallah..comel sgt baby” 

“Sama laaaa dlu anak boy org ckp girl , anak girl org ckp boy walauPON tarok bunga atas kepala” 

“Itu pkara biase..sy plk baby boy..pkai bju boy dh..xde pink2…dorg tye lg..’eh gegirl’ ke..haha..hadap jela jwb soaln yg sme” 

“Soalan tu akn di ty smpai lah rambut dia pjg.. Huhu” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, sheeraiskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published.