(Video) Ramai ‘Terpukαu’ Dengar Suara Merdu Tokti & Farhatul “Bestnya, dua kombinαsi suara yang mαntαp”

Umum mengetahui kemerduan suara penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi setiap kali mendendangkan lagu – lagunya.

Nyanyian TokTi sama ada dengan muzik latar atau tanpa muzik tetap sedap didengar dan akan mejadi tumpuan ramai dek kemerduan suaranya.

Terbaru, perkongsian ustazah Farhatul Fairuzah bersama TokTi menarik perhatian ramai dengan kemerduan mereka berdua.

Menerusi video pendek yang dikongsi ke laman Instagram mereka, dapat dilihat ustazah Farhatul dan TokTi bergilir berselawat dengan alunan yang menjadi halwa telinga mereka yang mendengar.

Dalam pada itu, ustazah Farhatul sempat memuji kemerduan suara emas TokTi selain memuji sikap merendah diri yang ada pada diri TokTi.

“Masya Allah sangat – sangat merdu suara emas TokTi kesayangan semua ni @ctdk yang sangat humble,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji gabungan suara merdu TokTi dan ustazah Farhatul.

Mashaallah dua dua sedap!

Masha Allah bestnyaa suara, dua kombinasi suara yang Mantap

Sedapnya combo suara Farha dan Tokti. MasyaAllah tak jemu ulang

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Gambar, ctdk, farhatulfairuzah

Video, farhatulfairuzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.