“Inilah masa untuk saya move on…” Pernah ‘Pútús Cinta’, Raysha Rizrose Umum Sesuαtu

Pelakon cantik Raysha Rizrose memaklumkan sudah sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya, Nabil Jeffri yang juga pelumba kereta Formula 3.

Pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26 turut mended4hkan pernah putvs cinta selama empat bulan sebelum berbaik semula apabila Nabil berjaya memujuknya. 

“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubungan jarak javh, masing – masing ada komitmen sendiri. Sedar – sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlalu. 

“Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin. 

“Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Raysha akui perasaan itu hadir sendiri ketika ditanya mengenai terdetik untuk menjalani kehidupan berumah tangga. 

“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah buat saya tertek4n. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga. 

“Kini saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba – tiba macam saya sudah 26 tahun, alhamdulillah dah capai apa yang dimahukan, kakak semua sudah berkahwin. 

“Jadi inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” tambah Raysha lagi kepada Media Hiburan. 

Menurutnya lagi, majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikan momen indah bersama adalah apa yang dimahunya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, ciksepet, RayshaRizrose

Leave a Reply

Your email address will not be published.