“Saya terbuka untuk belajar banyak lagi…” Gara-Gara Suami Mαsαk Lagi Sedap, Wany Hasrita Sαnggup Tuntut Ilmu

Pada tanggal 22 Julai lalu, penyanyi Wany Hasrita telah mengejvtkan ramai apabila mengadakan majlis perkahwinan tanpa mengumumkan kepada umum terlebih dahulu.

Masih dalam fasa menyesuaikan diri bergelar isteri kepada suaminya, Mohd Al Adib Fahmi, Wany memaklumkan terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam ilmu rumah tangga. 

“Kehidupan saya sekarang masih lagi menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza. 

“Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga. Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

“Tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” ujar Wany. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Menah4n Rindu’ ini juga menyatakan hasrat untuk menutut ilmu untuk menghasilkan beberapa resepi masakan ibu mentuanya. 

“Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja. Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya. 

“Saya pula belum ada kesempatan utuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk. 

“Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi – lagi masakan asal negeri itu,” tambahnya. 

Untuk makluman, Wany dan Adib telah berkenalan selama 12 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 22 Julai lalu. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, wanyhasrita

Leave a Reply

Your email address will not be published.