(Video) “Happy anak ibu makan jagung…” Ramai Gerαm Lihat Gelagat Afwa Selepαs Makan Jagung

Penyanyi dan usahawan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan nama yang tidak perlu diperkenal umum kerana cukup popular dalam kalangan penggemar seni hiburan tanah air. 

Suaranya yang lunak mendendangkan lagu – lagu balada menjadi halwa telinga pendengar selain mempunyai peribadi yang merendah diri dan lemah lembut dalam bertutur.

Menjengah ke ruangan peribadi Tokti, kehadiran sepasang cahaya mata menjadi penyeri hidup buat penyanyi lagu Cindai apatah lagi kedua – duanya kini membesar dengan comel.

Siti Aafiyah, 4 dan Muhammad Afwa, 1 tahun sentiasa menjadi perhatian media setiap kali Tokti berkongsi perkembangan mereka menerusi akaun Instagram miliknya.

Meskipun sibuk menguruskan hal perniagaan, namun Tokti tetap meluangkan masa bersama anak – anak setiap kali ada masa terluang seperti meghab1skan waktu hujung minggu bersama Afwa dan Aafiyah.

Terbaru, perkongsian Tokti yang kemudiannya dimuat naik ke laman Instagram anak lelakinya, Afwa menarik perhatian ramai dengan telatah comelnya.

Menerusi video berdurasi pendek tersebut, dapat dilihat Afwa sedang makan jagung yang disuap oleh ibunya sambil menari – nari kecil keriangan dapat menikmati jagung manis.

“Happy anak ibu dapat makan jagung siap joget lagi,” kapsyennya. 

Dalam pada itu, Tokti juga memaklumkan jenis jagung yang dimakan Afwa serta asal jagung tersebut diperolehi iaitu Cameron Highlands.

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan telatah comel Afwa serta ger4m melihatnya. 

“Ger4m tengok afwa nie comel” 

“Sedap jagung ni… Ada yg pangil jagung mutiara kan.” 

“Seronok makan jagung afwa” 

“Nak ayaq? Syiok aunty dengaq.” 

“Auntyyyy tak nak jagung….aunty nak gig1t @muhammadafwakhalid je” 

“Pandai alhamdulillah”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, muhammadafwakhalid

Leave a Reply

Your email address will not be published.