(Video) “Baru semαlαm jadi baby, sekolah dah…” Perkongsian Hari Pertama Sekolah Hayder Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pelakon cantik Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23 telah mendirikan rumah tangga dengan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, Haziq Nadzli. 

Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qalish, 2 tahun dan Muhammad Endra Haqimie, empat bulan. 

Meskipun Eyra sudah tidak aktif sebagai pelakon, namun Eyra masih aktif sebagai duta produk serta memiliki saluran Youtube sendiri. 

Setiap perkongsian Eyra berkenaan perkembangan anak – anaknya pasti akan menjadi perhatian ramai dengan kecomelan anak – anaknya terutama Hayder. 

Sebelum ini, Hayder sering kai menjadi tumpuan ramai dengan telatah comel serta reaksi spontan apabila divsik oleh papanya. 

Terbaru, Eyra memuat naik foto momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki pra – sekolah. 

Perkongsian dibuat menerusi akaun Twitternya, dimana anaknya yang kini berusia dua tahun mengenakan uniform sekolah pada hari pertamanya. 

“Dah besar anak sulung mama. Doa mama papa sentiasa iringi Hayder,” ciapan Eyra. 

Menerusi Insta Story milik Eyra juga ada memaklumkan keadaan anaknya sebelum masuk ke kelas dimana dia men4ngis. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan Hayder dengan berpakaian uniform sekolah. 

 “Hayder kan tak dibenarkan besar”

“Comelnya dia, moga membesar jadi anak soleh yg hebat”

“Ei cutenya, belajar rajin rajin Hayder”

“Besar nanti mesti hensem tervk”

“Alo shoo kiut Hayder”

“Mesti ramai budak perempuan minat ni”

sekadar info dan semoga bermanfaat.

sumber:

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, hes.journal

[3] Video, EyraHazali21

Leave a Reply

Your email address will not be published.