
Anak lelaki kepada penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa sudah hampir mencecah usia 2 tahun.
Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti juga sering memuat naik perkembangan serta telatah kedua anaknya di media sosial Instagram.
Malah, setiap perkongsian mengenai anak Tokti pasti akan menarik perhatian para peminat yang sentiasa terhibur dengan telatah dan gelagat mereka.
Terbaru, gelagat Afwa yang dikongsikan oleh laman Instagram muhdafwakhalid sekali lagi telah membuatkan ramai terhibur.
Di dalam video tersebut, Afwa dilihat sedang menaiki motosikat elektrik bersama kakaknya Aafiyah.
Tetapi, reaksi muka Afwa yang bermulut mun.cung ketika menaiki motosikal itu telah membuatkan ramai peminat geram dan terhibur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Afwa dan Aafiyah dan ada juga yang ge.ram melihat mun.cung mulut Afwa itu.
“Masyaallah .comel nya yg dok belakang tu.afiah.pandai jaga adek.”
“Comel AFWA… cepat NYA BESAR COPY PASTE IBU”
“Wahhhh seronoknya kakak bwk adik Afwa jln2 naik motor. Pandai kakak Aafiyah”
Sumber:
[1] Video & Gambar, Instagram muhdafwakhalid