
Kanak – kanak masa kini sering terded4h dengan pelbagai jenis genre lagu dan tidak hanya tertumpu pada lagu kanak – kanak sahaja.
Hal ini seiring dengan kemodenan zaman kini yang semuanya bergantung pada teknologi seperti telefon pintar serta aplikasi – aplikasi yang ada sekarang.
Jadi tidak hair4nlah jika mereka dapat menghafal dengan baik sesebuah lagu vir4l dan sering meniti dibibir mereka.
Seperti cucu kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Azzahra Jiwa Asyraf atau mesra dipanggil Ara.
Menerusi perkongsian Instagram milik Ara sendiri iaitu anak kepada Asyraf dan Tya Ariffin, dapat dilihat Ara sedang menyanyi berduet bersama Datuk Siti.
Membawakan lagu Marsha Milan, Cinta, Ara menyanyi sepenuh hati meskipun masih terdengar pelat.
“Yang penting ‘rupe rupee nyee,” kapsyennya.
Nyanyian Ara juga mendapat perhatian tuan asal lagu ini, Marsha dengan memberikan komen sokongan terhadap nyanyian anak Tya Ariffin yang baru berusia tiga tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan persembahan si cilik yang dapat berduet dengan Datuk Siti.
“Ara yg nyanyi auntie yg senyum2 ara…good job ara”
“Tu dia sekali dia tarik suara, kakak oh kakak no syatuuuu”
“Keluar bunyi perak tu haa.. rupe-rupenyee”
“Maasha Allah araa msh kecil udah kursus nyanyi sm tokti ”
“Mashaallah. Pandai nya syg. Comel2 sangat! ”
“Baru dpt dgr rupa²nya hebat suara Ara”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, azzahrajiwaasyraf, ctdk
Video, azzahrajiwaasyraf