“Hari yang ditunggu telah tiba…” Eriyca Baiduri Umum Beritα Gembira Setelah Tujuh Tαhun Menαnti

Setiap mereka yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat sendiri, lahir daripada rahim sendiri. 

Seperti pengasas produk kecantikan Noir, Eriyca Baiduri Abdul Rashid yang mencuba pelbagai cara untuk mengandung. 

Setelah tujuh tahun penantian, akh1rnya membuahkan hasil apabila Eriyca dan suami membuat ujian IVF (Persenyawaan In Vitro) . 

Mengumumkan sendiri berita gembira tersebut kepada pengikutnya di TikTok, Eriyca atau mesra dipanggil Madammu memohon agar dipermudahkan segala urusan.

Menerusi video yang dikongsi, Madammu berjalan beriringan bersama suami, Muhammad Azri Che Noh ke sebuah pusat perub4tan swasta untuk mengetahui keputusan. 

“Alhamdulillah, setelah 7 tahun penantian,” tulis Madammu. 

Suaminya juga turut dilihat sedang menges4t air mata kegembiraan saat mengetahui berita gembira tersebut.

Menerjah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada Madammu dan suami atas berita gembira tersebut. 

“Congratulations madammuuu @Noir I’m happy for you, cikma faham perasaan menungguuuu Lama tu. Semoga satu hari rezeki cikma jugak dapat zuriat.”

“Alhamdulillah Congratulations madammu. Suka betul tengok aura madammu ni”

“Alhamdulilah masyallah tahniahh”

“Alhamdulillah..Tahniah Madam.Allah sudah susun cantik jln crita hidup mu mdm.”

“Alhamdulillah syukur Allah . jaga diri ya madam”

“Alhamdulillah tahniah madammu dan suami . Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya sampai melahirkan”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, hijabista, @eriyca.baiduri

Leave a Reply

Your email address will not be published.