Mizz Nina Bawa Anak Tengok Kaabah Sebenar, Titipkαn Doα Buat Musa

Selebriti Mizz Nina menerusi entry terbaru di Instagram melahirkan rasa syukur dapat berpeluang ke Tanah Suci Mekah bersama anak angkatnya untuk mengerjakan umrah. 

Selain itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mended4hkan beberapa bulan sebelum tiba ke Kota Mekah anaknya, Musa sering menonton dan mendengar tentang ibadah haji. 

“Alhamdulillah ya rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk berada di sini.  

“Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu, alhamdulillah, dia dapat melihat perkara yang sebenar (Kaabah),” kapsyen Mizz Nina. 

Dalam pada itu juga, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya yang tercinta. 

“Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah, yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan iman sebagai teras hidup, takwa, kebenaran dan tawakkul. 

“Kurniakanlah dia tarbiyyah yang baik dan semoga Al-Quran mengajarnya segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidupnya di dunia dan di akh1rat. Amin,” titip Mizz Nina. 

Untuk makluman, sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Mizz Nina antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Akt1vis Kemanusi4an. 

Mizz Nina sememangnya terkenal dengan aktiviti sukarel4wan dan m1si kemanusi4an selain mula bergiat akt1f sejak tahun 2013. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, officialmizznina

Leave a Reply

Your email address will not be published.