“Tunggu Bilal dah boleh bercakap” Neelofa Dedαh Bila Bakal Berhijrαh Ke Tαnαh Arab

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa sebelum ini memaklumkan bakal berhijrah ke tanah arab bersama suami dan anak lelakinya, Muhammad Bilal. 

Jelas Neelofa lagi, dia bakal ke sana sekurang – kurangnya Bilal yang kini berusia lapan bulan sudah mula bertutur sedikit. 

“Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana. 

“Bila sudah ada anak, kami cuba untuk teroka mana – mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pend3k saja. 

“Kalau boleh saya nak tunggu Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang – kurangnya nanti dia pun dapat belajar bahasa Arab ketika berada di sana nanti,” ujar Neelofa. 

Dalam waktu sama, Neelofa dan suami, Muhammad Haris masih belvm memutuskan lokasi untuk menyambung pengajian sama ada Madinah atau Mesir. 

Terdahulu, Neelofa memutuskan untuk mended4hkan wajah anak lelakinya setelah terseb4rnya beberapa foto Bilal di laman media sosial. 

Selepas membuat keputusan tersebut, Neelofa dan suami dilihat bercuti ke Pulau Langkawi bersama keluarga kecil mereka. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.