
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan usahawan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebut saja Datuk Siti sepastinya ramai akan teringat pada dua anak beliau.
Si comel Siti Aafiyah yang berusia empat tahun serta adik lelakinya, Muhammad Afwa yang kini berusia satu tahun.
Kedua – dua anak Datuk Siti sering menjadi perhatian ramai setiap kali Datuk Siti berkongsi mengenai perkembangan mereka berdua.
Meskipun Afwa masih belum dapat bertutur dengan baik, namun setiap perlakuan Afwa sering kali mencuit hati ramai.
Baru – baru ini, menerusi akaun Afwa Khalid, dapat dilihat Afwa sedang khusyuk mendengar azan di dalam kaca televisyen.
Apabila Datuk Siti datang dan menegvr, Afwa terus bangun dan menunjukkan gaya orang sedang solat.
Walaupun baru berusia satu tahun, anak kepada penyanyi Anta Permana ini sudah mengerti dan pandai maksud disebalik azan.
Gelagat dan telatahnya yang comel juga berjaya mencuit hati ramai mereka yang melihat sehingga video tersebut disukai oleh hampir enam ribu orang.
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kepandaian Afwa serta kecomelannya.
“Comel Muhammad afwa bijak”
“Sedap juga suara AFWA tu”
“Alhamdulilah Adik dh blh azan da”
“Semoga jadi hafiz Al Quran…Aamiin”
“Muhammad afwa dah faham bijak”
“Jadi anak yg soleh penyejuk hati ibu dan ayah”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, ctdk
Video, muhdafwakhalid