(Video) PU Riz Dedαh Neelofa Sedang Belajar Bahasa Arab, Sekali Perbuαlαn Mereka Berdua Tαrik Perhαtiαn Ramai

Terdahulu, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengumumkan bakal berangkat dan menetap di tanah arab tidak lama lagi. 

Perancangan itu dibuat olehnya berikutan mengikut suaminya iaitu Muhammad Haris atau PU Riz yang bakal menyambung pengajiannya di sana. 

Namun begitu, mereka berdua menunggu sedikit masa lagi untuk anak lelaki mereka, Muhammad Bilal boleh bertutur sedikit dan belajar bahasa Arab apabila di sana nanti. 

Bagi Neelofa pula, dia sudah mula mengambil kelas bahasa Arab di sini bagi memudahkan pekerjaan hariannya di sana kelak. 

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dimana Neelofa yang sedang membuat ‘live’ disapa oleh suaminya. 

“Awak belajar bahasa Arab kan? Dah terangkan kat ‘followers’ awak?” sapa PU Riz. 

“Saya baru je kelas pertama bahasa Arab. Awak janganlah mem4lukan saya dalam live TikTok ni.” ujar Neelofa kepada suaminya. 

Dalam pada itu, Neelofa juga memberitahu dia akan belajar dengan PU Riz apabila dia sudah sama level dengan suaminya itu. 

“Oh, awak nak tunggu pandai sikit lagi?” tanya PU Riz lagi. 

“Pandai sikit lagi bagi sama dengan awak,” tambah Neelofa. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji Neelofa yang manja apabila bercakap dengan suaminya. 

“Alahaii manja nye lofa”

“Lofa pun sama mcm kita2 smua…wanita rasa bahagia apabila suami cinta pd isteri sepenuh hati.”

“Knpe i senyum sorang2”

“Supportive haris ni Mashaallah”

“Suka lah dgn pasangan sweet sgt lofa manja suami sukakn isteri manja2”

“Suka la tgok diorg, min post banyak” tau heheh”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar, neelofa

[3] Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.