(Video) “Puii…” Ini Respon Jebat Jayden Ditαnyα Bila Nαk Balik Kαmpung Mommy

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden seringkali menjadi tumpuan ramai dengan telatah lucunya. 

Setiap kali Sharnaaz atau bekas isterinya yang juga merupakan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik gelagat anak tunggal mereka ke laman media sosial akan dinanti oleh peminatnya. 

Jebat yang kini berusia empat tahun sudah petah berkata – kata dan dapat berbual dengan kedua baba dan mommynya. 

Ada sahaja kerenah serta celoteh Jebat setiap kali berborak dengan mommy atau babanya yang kadang – kadang tidak masuk akal namun menghiburkan. 

Seperti sebelum ini, Jebat yang tidak mahu mandi sungai memberi berbagai alasan yang mencuit hati mommynya. 

Terbaru, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dimana perbualan Jebat dengan seseorang yang bertanyakan soalan kepadanya. 

Membahasakan dirinya baby, Jebat berceritakan mengenai kampung asalnya di Pulau Pinang iaitu kampung halaman Sharnaaz. 

Manakala kampung mommynya, lain pula jawapan Jebat membuatkan ramai terhibur mendengar jawapannya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Jebat. 

“Yg tu beby xtau nak ckp”

“Jujur sgt tu jayden”

“Lawak weh… “phui… itu baby tak tau nak cakap”

“Baby memg the real “anak antoo penang la ni”

“Ini semua baba punya kirijaa, satu malaysia mmg tau kita anak antu”

“Amboi ni sbb dh pekena nasi kandar la ni..smpai lupa kampung kelantan erk…encem boi..encem boi”

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Gambar, jebatjayden, sharnaazahmad

Video, @niznm6

Leave a Reply

Your email address will not be published.