(Video) “Sebut lebih baik je dah sedαp…” Aafiyah Nyαnyi Bersama Tokti Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pada Ahad lalu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dijemput membuat persembahan di pentas Geg4r Vaganza Musim ke-9 (GV9). 

Lagu yang dibawakan adalah lagu tema penaja GV9 iaitu Farm Fresh, jenama tempatan bagi produk tenusu. 

Datuk Siti juga ada memuat naik ke laman Instagram miliknya menyanyikan lagu tersebut di pentas GV9 selain memuji para peminatnya memberikan sokongan terhadap apa yang disampaikan. 

“Semuanya baik, semuanya baik, di Farm Fresh semuanya baik. Lucu bila saya baca komen-komen followers dan peminat saya.. 

“Ada yang tak minum susu, hari ni nak minum susu, ada yang kata lagu iklan Farm Fresh ni asyik bermain2 di kepala, macam-macam lagi.

Walaupun lucu tetapi bagi saya inilah tanda sokongan dan menghargai. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Perkara-perkara positif ni sebenarnya memberikan aura yang baik untuk kita,” tulis Datuk Siti. 

Dalam pada itu, Datuk Siti juga turut berkongsi video nyanyiannya bersama anak perempuan sulungnya iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun. 

Sambil menikmati biskut dan susu Farm Fresh untuk kanak – kanak, Datuk Siti dan Aafiyah menyanyi bait – bait lagu tersebut. 

“Bila Aafiyah nyanyi lagu tema @farfreshmalaysia,” kapsyen Datuk Siti. 

Rata – rata wargnanet turut teruja bila mendengar suara Aafiyah menyanyikan lagu tema tersebut bersama ibunya. 

“Ibuuuu bawa aafiyah nyanyi sekali konsert nanti key” 

“Tak sangka sekejap besar afiiya., rase mcm baby lg je., ni da pndai nyanyi lebih baik lebih baik” 

“Sedap suara aafiyah!! Sebut lebih baik je sedap. Uncle nak pengs4n lah mcm ni Aafiyah” 

“Duta sebenar Farm Fresh ialah Aafiyah… Farm Fresh dah lama rancang, Siti Nurhaliza je yg lal4i” 

“Lebih baik lebih baik ..boleh collabrate nie backvp vocal” 

“Ape ni tokti, lagu farm fresh tokti nyanyi dengar mcm ost drama dah haha” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk, sinarviral

Video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.