(Video) Anak Ryzal & Maryam Cuba Buαt Mini Love, Sekαli Lain Yang Jαdi Buαt Ramai Terhibur

Anak perempuan kepada pasangan personaliti media Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae iaitu Nik You Rina kini bakal berusia satu tahun tidak lama lagi. 

Gelagat bersahajanya serta tertawa setiap kali diagah oleh bapanya sering kali mencuit hati warganet. 

Terdahulu, beberapa video Rina sedang menikmati pelbagai jenis makanan dengan berselera telah menambat hati warga maya. 

Rina juga sebelum ini sudah mula berdiri tanpa sokongan daripada orang dewasa membuatkan kedua Ryzal dan Maryam teruja dengan perkembangan terbaru anaknya. 

Terbaru, Rina sekali lagi membuat ramai terhibur dengan gelagat spontannya menerusi perkongsian Ryzal di akaun Instagram duriankimchi. 

Menerusi video tersebut, mereka sekeluarga ingin mengambil gambar dengan lengkap berpakaian sedondon. 

Pelbagai gaya dibuat termasuk gesture mini love yang sedang popular sekarang, namun lain pula Rina menunjukkan disebabkan dia masih kecil. 

“Bukan jari tu Rina, Ya Allah,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet terhibur dengan gelagat Rina dan keluarganya. 

“Banyak kali ulang.. chomel mini love Rina”

“Si comel. Jari jemari pun omel omel”

“Aduhhh..apa sal4h sya papa”

“Hahaha selamba Rina muka adeh dgn jari tu, sak1t pervt Sy ketawa comel betul”

“Omg rina pndai ek… Haha.”

“Kelakor la rina ni. Besar sikit mmy n ddy dh boleh pencen boleh sambung legasi kelakor”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, duriankimchi, ryzalibrhm

Video, duriankimchi

Leave a Reply

Your email address will not be published.