“Macam mommy ni…” Perkongsian Foto Terbaru Anak Mona Allen Raih Perhatian Ramai

Dalam rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerd3kaan, pasangan selebriti ini menerima berita gembira dimana mereka berdua bergelar ibu dan bapa. 

Menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 31 Ogos memberi makna yang besar kepada pasangan Mona Allen dan Pekin Ibrahim. 

Seperti ibu bapa lain, pelakon Mona Allen dan suaminya yang juga seorang pengarah ingin mengabadikan momen indah saat anak kecil dalam sebuah potret. 

Mengadakan sesi fotografi mereka bertiga, Mona berkongsi beberapa keping foto bersama bayinya ke Instagram untuk tatapan peminat. 

“You complete me. Photoshoot bersama ananda tercinta dengan team yang hebat,” tulis Mona. 

Sebelum itu juga, Mona ada memuat naik foto anaknya, Petra Pekin yang kini sudah hampir memasuki usia dua bulan. 

Berbeza dengan sebelum ini yang masih kecil, kini Petra terlihat bambam dan comel dalam buaian elektronik. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan wajah Petra yang comel seperti ibunya. 

“Masyallah tabarakkallah comelnyaa baby petra”

“Gebunya Petra!!! Moga menjadi anak yang soleh”

“Assalammualikum baby petra cyg.. semoga membesar menjadi ank yg soleh dan disenangi semua org”

“Sweet n happy Family semoga kekal bahagia until jannah. .aamiin”

“Alhamdullillah best nye syg ku”

“Masya ALLAH cute sngt mcm mommy die”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, mona.allen

Leave a Reply

Your email address will not be published.