(Video) Genap Usia Satu Tahun, Ini Perkembαngαn Terbαru Anak Ryzal Ibrahim

Tanggal 20 Oktober merupakan hari ulang tahun kelahiran yang pertama anak perempuan sulung pasangan personaliti media, Ryzal Ibrahim dan Maryam iaitu Nik You Rina. 

Rina sering menjadi perhatian ramai setiap kali pasangan ini memuat naik ke laman Instagram milik mereka, Duriankimchi atau milik anak mereka sendiri, Duriankimchijunior. 

Meskipun Rina masih belum dapat bertutur dengan baik, namun setiap telatahnya pasti mencuit hati mereka yang melihat. 

Sebelum ini, Ryzal ada memuat naik perkembangan Rina yang sudah boleh berdiri lama tanpa pertolongan daripada orang dewasa. 

Terbaru, perkongsian video terbaru menerusi Instagram Rina mencuri tumpuan ramai dengan perkembangan terbarunya. 

Mana tidaknya, Rina akhirnya dapat berjalan beberapa langkah tanpa dipimpin oleh ibu atau bapanya. 

“Rina boleh jalan seorang j4uh,” tulis duriankimchijunior. 

Perkongsian video tersebut telah mendapat sehingga lebih 8000 tanda suka kurang 24 jam dimuat naik. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet teruja dengan pencapaian terbaru Rina serta menitipkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran. 

Happy birthday Nik You Rina.. Moga Rina membesar dgn sihat, mnjadi anak solehah kpd Mummy n Daddy.. Moga Rina sentiasa comel.

Yeayy jalan j4uh dah, esok dah setahun dah dia

Alolo dh boleh jalan. Ger4am aku budah nihh

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, duriankimchijunior

Video, duriankimchijunior

Leave a Reply

Your email address will not be published.