(Video) “Dapat apron ni kena tοlοng mama masak…” Telatah Hayder Qhalish Bαntu Eyra Hazali Mαsαk Buat Ramai Gerαm

Penglibatan anak – anak kecil dalam kerja seharian di rumah mampu membantu perkembangan sensori mereka. 

Jadi tidak hair4nlah segelintir ibu bapa suka mengajak anak – anak membantu mereka dalam melakukan kerja seharian.

Seperti pelakon cantik Eyra Hazali yang sering melakukan aktiviti bersama anak lelaki sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun. 

Setiap perkongsian Eyra, 23 bersama anak lelakinya pasti menarik perhatian ramai dengan gelagat comel Hayder. 

Eyra buat masa kini lebih tertumpu kepada ‘review produk’ lebih aktif menerusi media sosial seperti Instagram dan TikTok selain mempunyai saluran Youtube sendiri. 

Hal ini untuk berkongsi kehidupan Eyra bersama dua anaknya iaitu Hayder dan Endra yang berusia empat bulan. 

Terbaru, perkongsian Eyra sekali lagi menarik perhatian ramai dimana dia sedang memasak bersama putera sulungnya. 

Dengan mengenakan apron kecil yang comel, Hayder berada disamping Eyra untuk membantunya memasak daging steak. 

“My cooking partner ! Dapat apron ni kena tolong mama masak selalu okay, of course,first cooking kita makan steak from @hanythaikitchen.hq ! Our favourite hehe,” tulis Eyra. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet terhibur dengan telatah Hayder yang comel bersama mamanya. 

“No mbekkkkkk this is mbuuuuuu hahahhahah comel je dua2”

“Ya Allah comel sangat2 hayder…bijak pula tu senyum pun manis sangat2 mmng comel”

“Ya Allah comel nyaaaa dia tuu”

“Da la comel, hensem,pandai,x lokek senyum pulak,petah nye awk”

“So cute you….geramnya …kalu dkt dkt granny peluk cium hyder nih”

“Alololo comei. Rajin dia nak tolong mama masak steak sedap”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, eyra.hazali

Video, eyra.hazali

Leave a Reply

Your email address will not be published.