(Video) “Kemain masing-masing in character…” Gelagat Yusuf & Alisa Menαri Sαkαn Cuit Hαti Ramai

Anak – anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen seringkali menarik perhatian ramai setiap kali perihal mereka dimuat naik ke laman Instagram. 

Memiliki akaun media sosial masing – masing, Yusuf Iskandar, 6 tahun dan Alisa Aisyah, 3 tahun memiliki pengikut mereka tersendiri. 

Yusuf terkenal dengan sikap lembutnya dalam berbicara seperti mamanya membuatkan ramai menyukai perwatakannya. 

Manakala Alisa pula dengan perwatakan yang ceria dan aktif seperti papanya melengkapkan keluarga kecil Hanis dan Hairul. 

Terbaru, perkongsian video berkenaan mereka berdua menarik perhatian ramai dengan hampir 30 ribu tanda suka. 

Menerusi video tersebut, Alisa, Yusuf dan anak saudara Hanis menari serta membuat pelbagai gaya bagi pertandingan jenama makanan kanak – kanak. 

“Kami nak menang ipad!” tulisnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat tarian mereka bertiga yang seperti profesional. 

Asal video diorang ni lagi function dari aku

Yg tengah2, muka hampir sama dgn lucy hale, pretty little liars drama

Awat comey sngat

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, theyusufiskandar, haniszalikha

Video, theyusufiskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published.