(Video) “Aafiyah paling éxcitéd…” Gelagat Aafiyah & Afwa Lαwαt Ladang Lembu Tαrik Perhαtiαn Ramai

Baru – baru ini penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai duta produk berasaskan tenusu iaitu jenama Farm Fresh 

Datuk Siti juga tampil dengan lagu tema Farm Fresh yang cukup menarik dan telah membuat persembahan dalam program realiti terkenal, Geg4r Vaganza musim ke – 9. 

Rezeki Datuk Siti dan anak – anak apabila berpeluang untuk melawat sendiri ladang lembu milik Farm Fresh yang terletak dalam kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Menerusi perkongsian Datuk Siti di laman Instagram miliknya, dapat dilihat keterujaan kedua anak Datuk Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. 

Dalam pada itu Datuk Siti meluahkan rasa bahagia dapat meluangkan masa bersama Aafiyah dan Afwa meskipun dalam waktu yang singkat. 

“Walaupun masa singkat, melayan anak-anak dan menghadiri sidang media Farm Fresh @ UPM tetapi melihat Aafiyah & Afwa seronok, saya pun ikut bahagia..

“Dapat melihat sekitar Farm Fresh @ UPM, pengalaman baharu saya dan anak-anak…Ternyata semoooanya baik,” tulis Datuk Siti. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat keterujaan Aafiyah dan Afwa melihat haiwan dengan lebih dekat. 

Selain itu, mereka juga turut tertarik dengan penampilan Datuk Siti ketika menghadiri sidang media Farm Fresh sekaligus melawat ladang ternakan. 

“Panggil moooo pon merdunya alahaiii tokti”

“Letvp sgt baju ni tuk gi farm.hehe. Baju cantik sgt syg kot0r2 kene lumpur”

“Afwa muke cm bos4n”

“Alaaaaa tokti panggil lembu pun sedap n comel, aduhaii”

“Aafiyah paling excited”

“L4ju sngat berjalan kak aafiyah

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.