Aeril & Wawa Kerja Kerαs, Rupanya Ini Sebαbnyα “Kami sedαng usαhα…”

Pasangan selebriti dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bekerja ker4s membangunkan perniagaan yang diusahakan demi masa depan anak – anak. 

Demi menjamin masa depat empat orang anak mereka, Aeril dan Wawa sudah merancang perkara tersebut. 

“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka. 

“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang sus4h,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Aeril mengakui Hayla dapat menghayati watak dengan baik dan mewarisi bakat lakonan daripada dia dan isteri. 

“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak – kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sed1h dan tidak m4lu bila berada di hadapan kamera. 

“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dip4ksa – p4ksa ber4ksi di depan kamera. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka ingin kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat,” tambahnya. 

Meskipun begitu, jelas Aeril didikan agama tetap diutamakan terhadap anak – anak tanpa mengambil kira soal minat mereka. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, w4w4_zainal, aeril_zafrel, rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.