
Anak perempuan kepada pempengaruh dan personaliti media, Maryam dan Ryzal Ibrahim iaitu Nik You Rina sering kali menjadi perhatian ramai.
Telatahnya yang comel serta gemar makan dengan berselera membuatkan ramai terhibur.
Menerusi perkongsian Mariam dan Ryzal melalui Instagram mereka bersama duriankimchijunior, Rina yang berusia setahun sudah pandai berjalan tanpa dipegang.
Terbaru, menerusi Instagram anak mereka dilihat Rina sudah pandai mengelap meja makan dengan tisu basah.
Meskipun masih kecil, Rina sudah faham mengenai penjagaan kebersihan meskipun berada di luar rumah.
“Rina sudah tahu lap meja,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji Rina serta didikan yang diajar oleh pasangan ini untuk bayinya.
“Masyallah anak solehah, boleh la tolong ibu kemas rumah lepas ni”
“Anak akan ikut bila selalu tengok ibu kemas rumah….unnie selalu kemas rumah kan”
“Bagus sangat rina ni, kecil2 pembersih sangat”
“Rinani buat saya ger4mmmmmmssss”
“Pandainya Rina..”
“Comel rina… kjap dh besar”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, duriankimchijunior, ryzalibrhm
Video, duriankimchijunior