
Pelakon Zarina Zainuddin sabar menjaga dua anak istimewanya iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai.
Meskipun begitu, kini Zarina boleh merasa bangga dengan pencapaian anak lelakinya, Azal yang memiliki minat seperti dirinya.
Menurut Zarina, dia merasa teruja apabila telefilem pertama lakonan anaknya bakal ditayangkan di kaca televisyen yang berjudul ‘Kasih Dari Syurga’.
Tambahnya lagi, sebelum ini Azal sudah pernah berlakon, namun hanya memegang watak sampingan dan kali ini rezeki Azal untuk memegang watak utama.
“Sebelum ini, dia pernah berlakon, tapi sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil. Jadi, kali ini rezeki untuk Azal memegang watak utama dalam telefilem Kasih Dari Syurga ini,” ujarnya.
Zarina juga meluahkan rasa bersyukur kepada pengarah dan penerbit telefilem tersebut kerana sabar memberi tunjuk ajar kepada Azal.
“Saya amat bersyukur kepada pengarah dan penerbit telefilem ini kerana memberi tunjuk ajar kepada Azal dengan penuh sabar,” luahnya.
Dalam pada itu, minat anaknya ke arah lakonan dan tidak akan menol4k jika terdapat tawaran untuk anaknya berlakon.
Harapan Zarina juga supaya anaknya memberi peluang kepada diri sendiri selain menginginkan mereka untuk berdikari.
Untuk makluman, telefilem Kasih Dari Syurga adalah arahan Jasmin Hamid dan Riza Baharudin.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohbulan
[2] Gambar, aimanabdullah, zarinazainuddin_