(Video) “Bαhαn depan-depan je senang…” Gelagat Neelofa & Bella Semαsα ‘Live’ Cuit Hαti Ramai

Pengacara dan usahawan Neelofa merupakan seorang ahli perniagaan yang menjual pelbagai produk bermula daripada produk makanan, kecantikan serta pakaian. 

Platform yang sering digunakan bagi memperkenalkan barangannya adalah menerusi siaran langsung di media sosial seperti Instagram atau TikTok. 

Jika membuat siaran langsung mengenai jenama pakaiannya, Neelofa tidak keseorangan dan akan ditemani oleh rakan baiknya iaitu Bella Zahir yang juga seorang pengacara. 

Gabungan mereka berdua sering menjadi bualan ramai dengan gelagat g1la – g1la mereka berdua yang ada sahaja membuat ramai terhibur. 

Terbaru, Neelofa dan Bella saling membahan masing – masing sambil ketawa berdekah menarik perhatian ramai. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, Neelofa dan Bella masing – masing membandingkan ketinggian masing – masing. 

“Bahan depan2 je senang. Sorang tinggi, sorang kurang tinggi,” tulis pengguna TikTok tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan gelagat lucu mereka berdua. 

“Macam ni lah perangai sahabat”

“Bella je yg leh nganj1ng lofa cmtu wei”

“157 pun tetap comey lote.Tinggi2 nk pi mana???”

“Tinggi la tu…hahaha”

“Sensit1p bab tinggi jgn sebut”

“Comel”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, komedimedia, bellazahirzain

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.