(Video) “Pandai dαh cium tangan dadda dia…” Gelagat Bunga Bersama Tok Sidang Tαrik Perhαtiαn Ramai

Anak perempuan kepada pasangan pelakon dan pengarah iaitu Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ditatang bagai minyak yang penuh oleh datuk dan neneknya. 

Ibu mertua Elisya yang juga penerbit, Sheila Rusly dan suami juga seorang pengarah terkenal, Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang amat menyayangi cucu sulung mereka. 

Mereka berdua sentiasa memuat naik video meluangkan masa bersama cucu kesayangan, Bunga Elhaq yang kini berusia empat bulan. 

Terbaru, perkongsian Tok Sidang bersama Bunga sekali lagi menarik perhatian ramai dimana Tok Sidang berborak bersama Bunga. 

Menurut Tok Sidang, sepertinya dia akan bercuti lagi daripada kerja memandangkan asyik dengan melayan cucu kesayangannya. 

“Assaalamualaikum Malaya, Monday blues Geng Tok Sidang di mane sajer komer berade. 

“Dalam banyak banyak perangai degil Tok Sidang, Bila kena pegang tangan dengan @bungaelhaq ni tak berapa nak d3gil sangat dah, macam kena cuti lagi jer hari ni,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berkongsi perkara yang sama yang dialami oleh Tok Sidang. 

“Penangan cucu kome…tu belom beso lg klu dah beso sikit dah pande gayot kaki mau tok sidang pencen teros…hahaha…comey beno cucu tok sidang”

“Sapa yg ada cucu ja faham..dp di handphone bukan lagi gambar neneknya tapi gambar cucu”

“Mantap tok sidang,precious time dgn baby2,baby cepat besar tok sidang,trlepas waktu dia,X best,,setahun Tu sekejap je berlalu bila Ada baby,sbb dia cepat besar kejap lagi pandai jalan dah”

“Kal4h lah Dada kalau dgn Cucu.. aduhai.. Manje Bunga”

“Hbs lah bungaa kena us1k jugaak oleh dada dia . Mcm uncle luth pulak dia nnt selalu kena us1k”

“Alahaiiii…tok sidang mmg kal4h la ngan Bunga yg solehah ni.. pandai dh cium tgn dadda dia. Besar nnti hormat kt semua org. Hugs n kisses tu Bunga yg solehah.”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, elisyasandhaofficial, jinggo_jspictures

Video, jinggo_jspictures

Leave a Reply

Your email address will not be published.