
Umum mengetahui mengenai kisah penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam mendapatkan zuriat.
Penantian selama 11 tahun membuahkan hasil apabila Datuk Siti dan suami, Datuk Khalid Jiwa dianugerahkan zuriat pertama.
Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun sudahpun mempunyai teman iaitu adik lelakinya Muhammad Afwa yang berusia setahun.
Bukan itu saja, teman bermain di rumah juga semakin bertambah dengan kehadiran cucu – cucu Datuk Siti yang juga anak kepada Tya Ariffin dan Muhammad Asyraf Khalid.
Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian Datuk Siti yang kemudiannya dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.
Menerusi video tersebut, Aafiyah dan Afwa sedang bermain bersama dua anak saudaranya iaitu Arif JIwa dan Azzahra Jiwa.
Namun, apa yang mencuit hati mereka yang melihat adalah gelaran Datuk Siti ketika Aafiyah memanggilnya, dimana dia mengajvk cara panggilan anak saudaranya.
Selain itu, mereka juga kagum dengan kepetahan Aafiyah dapat berkomunikasi dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
“Ramai kawan afiah..pdhal tu anak saudaranya”
“Sedap dgr Aafiyah ckp omputih”
“Comey Afiyah ms j3rit mak iti buat video”
“Comel lh gelagat anak kak tok iti cute”
“Comel nya afiya cakap mak iti”
“Cerdik btl dia pggl ibu dia mak iti..aduii…”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, ctdk
Video, @watieysoong