“Terima kasih mendoakan isteri saya…” Isteri Selamat Bersαlin, Usop Dedαh Jantina Dan Nama Anak Sulung mereka

Isteri kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan bayi sulung mereka pada awal pagi Jumaat. 

Berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Nor,24 meliahkan rasa syukur. 

Dalam pada itu, Usop juga mendedahkan nama yang dipilih untuk bayi lelakinya iaitu Muhamad Saif Umar. 

“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya. 

Usop juga turut memuat naik sekeping foto isterinya memangku anak sulung mereka di sebuah hospital. 

Untuk makluman, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini dengan kehadiran ahli baru. 

“Allhamdulilah, kirimsalam kat isteri adik.. comel je ibu nya..semoga cepat semboh.. jaga diri adik dah jadi deddy.. yeeeeee”

“Tahniah usop and wife. Semoga menjadi anak yang soleh”

“Alhamdulillah!  Congratulations usop and teha”

“Congratulations teha dan usop, gebu elokkkk nie…. X sabaq nk tgok abg bby n tgok bby”

“Alhamdulillah congrats mami daddy …. teha selamat berpant4ng”

“Alhamdulillah… Tahniah… Semoga dia membesar dengan sihat, penuh Kasih sayang… Dan menjadi Da’ie, Alim, Hafiz… Bergerak menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat ummat seluruh alam.. Aameen Allahumma aameen… Tahniah Usop!!!! ”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, usopofficial, teha_richer

Leave a Reply

Your email address will not be published.