(Video) “Muka nana sungguh…” Perkongsian Terbαru Bunga ElHaq Buαt Ramai Gerαm

Kehadiran cucu sulung, Bunga ElHaq dalam keluarga kecil Sheila Rusly dan suami, Jinggo yang merupakan pengarah terkenal menyerikan lagi hidup mereka. 

Bunga juga merupakan anak kepada pelakon wanita Elisya Sandha dan pengarah muda, Uzair Haqimy ditatang dengan kasih sayang oleh Sheila dan keluarga. 

Menurut penerbit drama itu, kehadiran Bunga merupakan yang dinanti – nanti olehnya kerana sebelum ini dia hanya memiliki anak lelaki. 

Sheila juga sentiasa berkongsi aktiviti seharian bersama cucu kesayangan setiap kali berkelapangan membuatkan para peminat tidak jemu melihat kecomelan Bunga. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by uzair haqimy (@uzairhaqimy69)

Kini usia Bunga mencecah ke lima bulan dan semakin pandai tersenyum apabila diagah oleh orang dewasa. 

Terbaru, Sheila berkongsi video berkenaan Bunga, namun kapsyennya menarik perhatian ramai. 

Mana tidaknya, wajah Bunga kini lebih kelihatan seperti Sheila atau dipanggil Nanna oleh keluarganya membuatkan dia gembira. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet berpendapat yang sama selain memuji kecomelan wajah anak pasangan Elisya dan Uzair. 

“Ya Allah Comel nyaaaaa Sis ger4mmmm Sheila rusly,  dok ulang2 tgok video ni”

“Muka nana sungguh..cam papa dia pun xder..ni mesti sbb selalu makan air tgn nana dia sejak dr dlm perot lagi kan, ciut miut sgtttt”

“MasyaAllah. Makin hari makin comel Bunga kan”

“Bunga ikut muka daddy..daddy ikut muka nanna..so Bunga muka nanna”

“Hidung follow mummy ni terpatvk molek. Omey nya bunga”

“Subhanallah .. commey nyer .. ikut muka nana n mummy”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, sheilarusly_jspictures, bungaelhaq, xtra

Video, sheilarusly_jspictures

Leave a Reply

Your email address will not be published.