(Video) “Comel macam mama dia…” Gelαgαt Anak Bongsu Memey Suhaiza Cuit Hαti Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan sosok pelakon dan usahawan Memey Suhaiza yang lemah lembut orangnya. 

Kini bahagia bersama suami yang juga seorang pelakon, Norman Hakim serta tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz, Muhammad Dikhriz dan Mikayla Delisha. 

Meskipun jarang berkongsi perihal anak – anak di laman media sosial sendiri, namun anak – anak Memey memiliki akaun Instagram yang diuruskan olehnya. 

Menjengah ke laman Instagram anak bongsunya, Mikayla yang kini berusia empat tahun dapat dilihat kehidupannya bersama dua abangnya. 

Terbaru, perkongsian video Mikayla menarik perhatian ramai dimana gaya percakapan Mikayla sama dengan mommynya. 

Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah diibaratkan tingkah ibu bapa diikuti oleh anak – anaknya. 

Menerusi video tersebut, saat ditanya dirinya anak siapa, laju sahaja disebut mommynya beserta nama penuh Memey. 

“Anak manja memey suhaiza kuat ni,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kecomelan anak kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

 “Suka tengok dia lembut mcm Mommy”

“Semakin bijak mikayla.”

“Alahai.. comelnya ..MCM mama dia”

“Comel”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, mikayladelishahakim, memeysuhaiza

Video, mikayladelishahakim

Leave a Reply

Your email address will not be published.