“Saya dah mula dedαhkαn dengan…” Neelofa Ingin Bilal Mαhir Dαlαm Tiga Bahasa

Tidak dinaf1kan setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka, tidak kira dari segi pembelajaran atau kehidupan. 

Hal ini kerana mereka mahu pastikan anak berjaya di dunia dan akhirat, jadi tidak hairanlah anak – anak perlu belajar sedari kecil lagi. 

Seperti pengacara dan usahawan Neelofa sudah merancang segalanya untuk anak lelakinya, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan. 

Menurut pengacara Next to Neelofa ini, dia mahu anaknya mahir dalam pelbagai bahasa selain bahasa ibunda iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. 

Namun sebelum itu, Neelofa jelaskan yang dia sendiri perlu fasih terlebih dahulu bahasa Arab bagi memudahkannya untuk mengajar anaknya nanti. 

“Sebenarnya, saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya juga nak diri saya boleh bertutur dalam bahasa tersebut.  

“Kalau saya sendiri tidak tahu, bagaimana saya nak berkomunikasi dengan anak saya. 

“Jadi, saya sudah mula mended4hkan Bilal dengan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Saya mahu dia mahir dalam tiga bahasa ini,” ujarnya kepada Gemp4k. 

Neelofa juga bercadang untuk menghantar anaknya ke sekolah aliran agama medium bahasa Arab apabila sampai waktu kelak. 

“Hal itu memang kami sudah rancang. Insya-Allah untuk pendidikan Bilal nanti, kami mahu ada aliran agama dan juga bahasa Arab,” tambahnya lagi. 

Sebelum ini juga Neelofa ada memaklumkan bakal berpindah ke Mesir bagi mengikuti suaminya yang mahu penyambung pelajaran ke sana. 

Jadi kini Neelofa sudah mula mengikuti kelas bahasa Arab dan sudah bisa bertutur sedikit dalam bahasa tersebut. 

“Memang ada dalam perancangan. Jadi, kalau sebelum pergi tu kita ada basic dalam komunikasi, ia akan menjadi lebih mudah,” ujarnya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.