“Konsert raya..?” Ada Yang Cadangkan Konsert Bertemakan Hαri Raya, Ini Jαwαpαn TokTi

Siapa yang tidak kenal dengan figura Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi dan usahawan terkenal yang disukai ramai tidak kira peringkat umur. 

Pastinya apabila bergelar seorang penyanyi, Datuk Siti akan mengadakan konsert bagi menghibur serta menghargai peminat. 

Hampir setiap tahun, Datuk Siti akan mengadakan konsert sama ada di luar atau di dalam negeri dengan tema yang berbeza. 

Kira – kira sekitar 20 konsert telah dijayakan di Malaysia dan lebih 10 konsert berlangsung di luar negara dengan rata – rata penuh panggung. 

Pelbagai konsert dijayakan oleh Datuk Siti antaranya konsert jelajah percuma, konsert jelajah luar negara, konsert lagu – lagu irama Malaysia, konsert kolaborasi dan juga konsert akustik. 

Namun, ada yang mencadangkan bagi Datuk Siti untuk mengadakan konsert bertemakan hari raya memandangkan setiap tahun pasti Datuk Siti tampil dengan lagu raya baru. 

“Konsert raya? Kena buat hari rayalah kan? Kalau ikutkan dulu, banyak dalam kalangan stesen televisyen yang adakan program hari raya. 

“Menerusi program tersebut juga saya akan nyanyikan lagu – lagu raya. Meriah, sebab yang hadir semua mengenakan busana raya. 

“Tapi untuk saya kendalikan konsert raya sendiri, belum lagi…”ujarnya kepada Gempak. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, kosmo, ohmedia, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.