(video) “Aigoo sampai bergolek-golek…” Gelagat Anak Ryzal Ibrahim Dαlαm Mαll Cuit Hαti Ramai

Setiap anak kecil mempunyai tingkah yang berbeza dan pastinya pelbagai ragam yang memerlukan kesabaran yang tinggi oleh kedua ibu bapa. 

Tambah – tambah apabila mereka mula merag4m dan ‘buat hal’ ketika berada di luar rumah atau berada di tempat awam. 

Kebiasaannya mereka mahukan sesuatu atau masih tidak puas untuk bermain di sesuatu kawasan tersebut. 

Seperti perkongsian personaliti media Maryam You Narae menerusi akaun Instagram miliknya berkenaan anak perempuannya iaitu Nik You Rina. 

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat gelagat Rina yang sedang berbaring di atas lantai sebuah kedai pakaian di sebuah pasaraya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Puas dipujuk oleh bapanya, Ryzal Ibrahim untuk bangun, namun Rina seperti tidak mahu berganjak dan hanya berguling di situ. 

Tambah mencuit hati apabila bapanya mahu bergerak pergi sambil melambai – lambai, Rina turut berbuat perkara sama sambil berbaring. 

“Adu haiiiiiiii. Nik You Rina binti Nik Muhammad Rizal,” tulis Maryam diruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan Rina dan bapanya. 

“Haha…Nina golek golek bwa Lantai pun comel, sabar lah wahai ayah & Ibu Rina”

“Ini mesti k3s AC dlm mall tu sl0w kn Rina?? Sbb tu baring kt lantai kann.. bg rasa sejuk sket”

“Hahahaa.. kenapa tuu rinaa… sabor je laa ibu ayah nyaa hehe comell”

“Aigoo sampai bergolek2 atas lantai dlm mall”

“Dia nak mama buat floor dekat rumah dihias baju baju macam tu HAHAHAHAH”

“Nape dia tu..merajukkk ke..alo²..comeyyy”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ryzalibrhm, maryamyunrrr

Video, maryamyunrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published.