(Video) “Kemain Jebαt feeling betul nyanyi…” Gelagat Jebαt Jayden Menyαnyi Cuit Hαti Ramai

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden seringkali menjadi perhatian para peminat dengan gelagat comelnya.

Telatah spontan Jebat yang kini berusia empat tahun menjadi penghibur mereka yang melihat setiap kali perkongsian mengenainya dibuat ke laman media sosial.

Ada sahaja idea Jebat yang hendak dibuatnya yang membuatkan mereka sekelilingnya serta warga maya tidak jemu melihat telatah Jebat.

Terbaru, perkongsian ibu saudara Jebat menerusi laman Instagram miliknya menjadi tular dimana Jebat sedang menyanyikan sebuah lagu sambil dirakam oleh ibu saudaranya.

Menerusi video tersebut, Jebat sedang menyampaikan sebuah lagu dengan penuh penghayatan sambil memegang mainannya.

“Dipersembahkan sebuah lagu dari artis cilik paling letopss sekarang ni Jebat Jayden, siapa tahu lagu apa yg jayden nyanyi ni sila comment yaa tajuk lagu nya .. sbb ccik pun tk tahu yg sebenarnya lagu apa ni.. hehe,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat Jebat yang membuat persembahan nyanyian meskipun tidak jelas sebutannya.

Dia punya kiss dkat mainan tu feeling lain mcm

Tajuk lagu ni… Aku bukan jodohnya. Pandai Jayden nyanyi. Ambik kau

Pandai la baby nyanyi

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Gambar, jebatjayden

Video, noorintanz

Leave a Reply

Your email address will not be published.