
Nama figura Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum dan sepastinya mempunyai ramai peminat.
Bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian sehingga berjaya membuat persembahan di luar negara, malah Datuk Siti juga memiliki raut wajah yang cantik.
Meskipun jarang berkongsi berkenaan keluarganya, rata – rata peminat mengenali ibu bapa dan adik beradik Datuk Siti.
Untuk makluman, kakak dan adik Datuk Siti iaitu Siti Saida dan Siti Nursairah turut berkecimpung dalam bidang seni suara.
Terbaru, perkongsian Datuk Siti menerusi Instagram miliknya menarik perhatian ramai dimana Datuk Siti memuat naik foto bersama ibu dan adik beradiknya.
Ibu Datuk Siti yang dipanggil Mak Salmah duduk di tengah dan di4pit oleh Datuk Siti dan kakak serta adik perempuannya.
“Anak Mak Salmah,” tulis Datuk Siti di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berpendapat bahawa wajah adik – beradik Datuk Siti seiras dengan wajah ibu mereka.
Patutlah anak2 semua cantik rupa rupanya mak dia masih nampak jelita walau dah berusia salam kenal mak salmah
MashaAllah mak Salmah dan anak2 nya Cantik smua
MasyaAllah manis semua. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk Mak Salmah
Sekadar info dan semoga bermanfaat.