(Video) “Diαm-diαm dia swipe lak dah…” Gelagat Aafiyah ‘Cúri’ Mαin Telefon Tokti Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pemilik nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenal kepada umum. Sebut saja namanya pasti setiap orang ramai tidak kira anak kecil mahupun orang dewasa mengenalinya. 

Sudah menapak dalam industri seni hiburan sejak zaman remaja lagi dan kini, Datuk Siti sudah menerima pelbagai anugerah. 

Kini Datuk Siti dan pasangan iaitu Datuk Khalid bahagia bersama dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa, 1 tahun. 

Anak perempuannya, Aafiyah sedikit sebanyak meniru perbuatan yang dilakukan oleh Datuk Siti. 

Seperti sebelum ini, Aafiyah seronok bermain mekap – mekap dengan alat solek ibunya, selain membuat vlog bersama anak saudaranya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terbaru,perkongsian Datuk Siti mengenai gelagat puteri kesayangannya sekali lagi menarik perhatian ramai. 

Mana tidaknya, Aafiyah diam – diam merakam dirinya membuat trend di TikTok menggunakan telefon ibunya. 

Laaaa .. Diam diam dia SWIPE lak dah!! Suka suka je guna handphone ibu ye…” tulis Datuk Siti. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Aafiyah yang cuba untuk membuat trend di TikTok. 

“Subhanallah pandainya Aafiyah . Cantik macam Ibunya. Harap Aafiyah membesar dan menjadi sebaik Kak Iti.”

“Ger4mnya dgn tokti mini nihh…syomel betul”

“Hahahah ab1s nnti memori full hahaha”

“Wahhhh..Aafiyah ikot trend betol”

“Syomel Siti Aafiyah.makin besar makin syantik”

“Oh phone ibu h4ng sebab Aafiyah swipe ke”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.