(Video) “Penαt drive ke tu Bilal..?” Perkongsian Terbαru Muhammad Bilal Tαrik Perhαtiαn Ramai

Tidak din4fikan sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak – anak supaya mereka membesar dengan baik dan menjadi orang berguna apabila besar kelak. 

Pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak – anak dan ini dimulai dari mereka kecil lagi. 

Seperti pengacara dan usahawan Neelofa yang menjaga dari segi pemakanan serta tumbesaran anak lelakinya iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan. 

Setiap ilmu berguna untuk tumbesaran anaknya sering dikongsi oleh Neelofa melalui Insta Story untuk tatapan para peminatnya. 

Selain itu juga, Neelofa juga ada memuat naik barang – barang mainan Bilal ke laman media sosialnya dimana mainan tersebut baik untuk perkembangan Bilal. 

Terbaru, perkongsian Neelofa yang kemudiannya dimuat naik oleh salah seorang peminatnya menarik perhatian ramai. 

Menerusi perkongsian tersebut, Bilal yang berada disamping ayahnya, PU Riz sedang membuka bungkusan kereta mainan. 

“10 bulan dah dapat kereta… emm apa ummi dia nak mintak pulak ek?” tulis Neelofa. 

Perkongsian video tersebut telah mencecah sehingga hampir 50 ribu tontonan serta 1 ribu tanda suka dalam masa satu jam. 

Rata – rata warganet turut senang melihat hadiah yang diperoleh Bilal. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, neelofa

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.