(Video) “Bukαn main ligαt kaki Amir…” Perkongsian Terbaru Anak Mira Filzah Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pelakon dan pengacara Mira Filzah kini sudah bergelar seorang ibu kepada Wan Khair Amir yang berusia tujuh bulan. 

Hanya pada usia lima bulan baru Mira mended4hkan wajah anak lelakinya kepada para peminat dan ini disambut baik oleh mereka. 

Meskipun jarang berkongsi atau memuat naik berkenaan Amir, namun setiap perkongsian Mira pasti menjadi perhatian ramai. 

Meskipun belum sampai usia setahun, Mira sudah menghantar anaknya untuk menyertai kelas belajar berenang. 

Sebelum ini, segelintir peminat secara bergurau menjodohkan anak Mira dengan anak kepada pelakon Elfira Loy apabila melihat perkongsian foto mereka berdua bersama anak masing – masing. 

Terbaru, perkongsian Mira menerusi Insta Story yang kemudiannya dimuat naik oleh salah seorang pengguna Instagram menarik perhatian ramai. 

Menerusi video tersebut, dilihat Amir yang lengkap berbaju pasukan Liverpool sambil kedua ibu bapanya bergurau dengannya. 

“Alaaa So Hencem Lah Yer Dengan Baju Liverpool Tu Mesti Ikut Team Daddy Ini Kan Wan Amir Comel Lah Dia … hehehe…. Sweet Family,” tulisnya. 

Untuk makluman, Mira Filzah dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 10 Mei 2022. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, mfmirafilzah

Video, _inaijari01_

Leave a Reply

Your email address will not be published.