(Video) “Aku yang gαyαt tengok Afwa & Aafiyah duduk tepi tingkap tu…” Gelagat Anak Tokti Ketika Di Dubai Jadi Buαlαn Ramai

Perkongsian terbaru penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Insta Story miliknya menjadi bualan ramai. 

Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat Datuk Siti sekeluarga sedang berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 

Datuk Siti serta dua anaknya dan suami sedang melawat rumah baru pertama Datuk Siti di sana dengan kawasan kondominium mewah. 

Perkara tersebut turut disahkan oleh anak Datuk Khalid Jiwa iaitu Asyraf Khalid dimana dia mengucapkan tahniah atas pencapaian Datuk Siti. 

“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Saya amat bangga dan gembira dengan pencapaian tersebut. Satu inspirasi buat saya dan Tya,” tulis Asyraf. 

Menerusi video tersebut yang turut dikongsi oleh seorang pengguna @watieysoong dapat dilihat suasana dalam rumah tersebut dengan pemandangan yang indah. 

Kelihatan juga dua anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang sedang bersandar di tepi cermin menghadap pemandangan luar. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berasa kagum selain ada segelintir mereka merasa gayat melihat Aafiyah dan Afwa bersandar di cermin rumah tersebut. 

“Aku yg gay4t tgk afwa dgn afiya dduk tepi tingkap tu”

“Relax je Afiah sandar kt cermin tu…klu aku dh goy4ng lutut..gay4t”

“Aafiyah tade perasaan ke berdiri tepi tu”

“Xgayat ke tggi2 tu”

“Ya allah gay4tnya.. tak tenang tido”

“Tingginya, awk yg tgok jd gay4t”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, asyrafkhalid, ctdk

Video, @watieysoong

Leave a Reply

Your email address will not be published.